WELCOME TO ILB STORE NEWS CHANNEL

WELCOME TO ILB STORE NEWS CHANNEL
PLEASE CLICK ON THE PHOTO ABOVE TO FOLLOW OUR FACEBOOK FANPAGE - ILB STORE

Monday 21 September 2015

14 Idea Kecil Yang Mampu Memberi Kesan Besar Semasa Berniaga Di Bazaar - En. Kukiss

Assalammualaikum & selamat sejahtera semuanya,

Hari Isnin datang kembali dan En. Kukiss yakin, ramai dikalangan kita akan ada mood yang berbeza-beza tentang hari Isnin. En, Kukiss sebolehnya akan memulakan hari Isnin seawal yang mungkin. Bangun awal, mandi awal, breakfast awal & sampai ke tempat kerja pun awal. En. Kuiss juga biasanya akan tune in lagu2 yang boleh boost my morning energy on spotify semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Itu ialah apa yang En. Kukiss buat, jangan nak provoke pulak ya. Hehehe.

Okaylah, kesinambungan daripada article yang sebelum ini, En. Kukiss nak kongsikan pula tips yang berguna khas untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk menyertai weekly or monthly bazaar. Bazaar? kenapa tak Pasar? Insya Allah En. Kukiss akan comment tentang 2 perkataan tu kemudian (takut menyimpang dari tujuan perkongsian awal).

Anyway, don't forget to follow our Facebook Page & Instagram. Not to forget, click on this link to follow our friend's page Crumb Craving. Their Lasagna was OHSEM man!!!


Baiklah, berikut adalah 14 IDEA KECIL YANG MAMPU MEMBERI KESAN BESAR SEMASA BERNIAGA DI BAZAAR
  • Datanglah awal. Jangan datang last minit. Ada kemungkinan anda akan sesat (sebab waze pun tak boleh percaya sangat sekarang ni). Lagi bila sampai, anda sakit perutlah, ini lah. So anda memerlukan masa untuk bersiap sedia sebelum diterjah customer anda.
  • Set up meja jualan anda cantik-cantik. Sekurang-kurangnya, susunlah barang jualan anda kemas dan teratur. Jangan lambakkan macam tu saja. Customer di bazaar biasanya penilai yang bagus. Mereka sangat tertarik dengan booth bazaar yang teratur, accessible and customer friendly. 
  • Fahami potential customer flow. Dah set up meja cecantik, cuba fahami pula dari arah mana kebanyakan customer akan datang. Kenal pasti dekat mana paling sesuai untuk anda berdiri & greet customer anda.
  • Jangan duduk, tapi berdiri. Berjual di bazaar memerlukan anda bertindak aktif. Jika anda duduk, sebenarnya anda bersikap reserve dan pasif. Jika anda berdiri, sebenarnya anda lebih dekat dengan customer anda, darah mengalir lebih pantas dan anda akan lebih aktif. Alaaaa... sakit kaki kejap saja. Lama-lama anda akan biasa. 
  • Networking. Sambil-sambil anda menunggu customer datang, greet your neighbour. Salam jiran jualan anda. Kenal-kenallah produk mereka. Luaskan pengaruh anda dan dapatkan petua, nasihat ataupun berkongsi pendapat antara sesama anda. Melalui networking ini juga anda akan berpeluang untuk sharpen your communication skill, 
  • Create power sales pitching. Janganlah mendatar je. Cubalah buat ayat atau skrip jualan yang power sikit. Carilah ayat jualan yang sedap didengar dan mampu menarik perhatian customer. Some silly joke pun boleh pakai jugak. 
  • Greet your customer with big smile. Janganlah muka ketat kak Yong. Senyum lebih sikit. 
  • Jangan hakimi pelanggan anda.  Janganlah tengok customer yang selekeh tak mampu beli. nak serve yang vast, cantik kebabom sahaja. Be fair. Bersikap adil dengan semua potential customers. Anda bukan sahaja akan buat mereka senang hati. Mungkin sekarang mereka tak beli dari anda, tapi akan datang insya Allah mereka akan membeli dari anda. 
  • Bawa makanan & minuman sendiri. Kadang-kala, ada banyak bazaar yang agak panas membahang keadaannya. Alhamdulillah kalau dapat lokasi bazaar yang berhawa dingin. Tapi kebanyakan lokasi bazaar adalah outdoor dan panas. Jadi bawalah air minuman sendiri. Lagi afdal kalau anda bawa bekal makanan sekali. Sekurang-kurangnya anda boleh berjimat disamping kekal hidrated.
  • Sediakan duit kecil. Ini adalah sangat penting. Customer tidak suka dipaksa untuk cari duit tukar sendiri. Bila anda ada tukaran duit baki yang cukup, transaksi perniagaan menjadi lebih mudah dan lancar.
  • Cuci muka dan bawa bekal ubat gigi & berus gigi sekali. Setelah beberapa jam, muka anda akan berminyak, mungkin berpeluh. Lepas makan, mungkin ada yang terselit celah gigi atau nafas anda berbau kurang harum. So, gosok ler gigi anda ya.
  • Sedekahlah. Kalau yang ke masjid, sedekahlah ke masjid. Kalau tak pun, lepas berniaga di bazaar, especially yang menjual makanan, sedekahlah mana yang patut pada jiran2 niaga anda. Buat sesuatu untuk buat orang lain rasa dihargai. Paling tak mampu pun, senyumlah kerana senyuman itu pun dah satu sedekah. 

No comments:

Post a Comment