WELCOME TO ILB STORE NEWS CHANNEL

WELCOME TO ILB STORE NEWS CHANNEL
PLEASE CLICK ON THE PHOTO ABOVE TO FOLLOW OUR FACEBOOK FANPAGE - ILB STORE

Saturday 19 September 2015

10 Rahsia Awal Pembinaan Jenama & Penjualan Online - En. Kukiss

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Artikel ini En. Kukiss kemaskini menggunakan wordpress apps di dalam Note 3 sahaja kerana terlalu penat untuk ke bilik kerja dan duduk menggunakan komputer. Almaklumlah, semalam tidur pun sudah jam 4.30pagi gara-gara menyiapkan 3000 biji kukiss dan seawal 9.00pagi dah bersiap-siap untuk ke Subang Hi-Tech Industrial Park untuk Saturday bazaar di sana. Walaubagaimanapun, En. Kukiss sangat teruja untuk kongsi pengalaman sendiri walau dalam keadaan badan yang sengal-sengal ni.
Baiklah, setelah 3 minggu berniaga secara online (sejak 27 Ogos 2015 dan hari ini ialah 19 Ogos 2015), ramai rakan En. Kukiss yang telah terinspirasi dan ramai juga yang bertanya tentang cara kami menarik perhatian dan kepercayaan pelanggan. Ya En. Kukiss ulangi, “perhatian & pelanggan”.
En. Kukiss tidaklah boleh memastikan yang ini adalah formula yang 100% tepat, tapi inilah yang kami telah lakukan selama 3 minggu untuk membina jenama sendiri. Diharapkan perkongsian ini akan memberi idea kepada mereka yang ada minat untuk berniaga tapi tak tahu nak bermula dari mana
1. Carilah bisnes partner yang faham dan ada visi serta misi yang sama dengan anda. En. Kukiss sangat bertuah kerana rakan serumah mempunyai minat yang sama untuk menbuat biskut dan kukiss. Dialah yang banyak menyokong En. Kukiss sehingga kami mampu menjual 15,000 keping biskut hanya dalam tempoh masa 3 minggu.
En. Kukiss
2. Pilih satu product dan make it a hit! Pada awalnya kami merancang untuk mengimport barangan membuat biskut daripada pembekal di Amerika Syarikat & Singapura dan menjualnya secara online. Tetapi kami nilai semula rancangan kami dan mengambil keputusan untuk menjual sesuatu yang kami tahu, kos yang rendah dan mampu memberi margin yang cepat kepada bisnes.
image
Oleh itu kami memilih untuk membuat biskut (yang mana kami dah biasa buat untuk makan sendiri di pejabat sejak berbulan2 lamanya. Biskut ini kami biasa beri secara percuma kepada rakan pejabat sejak dulu lagi tanpa niat untuk menjualnya). Oleh tu, Oatmeal Choco Chip kukiss ialah kekuatan kami dan kami masterkan diri untuk hasilkan biskut yang terbaik.
3. Educate pelanggan anda. Siapa yang suka makan Kukiss di tempat kerja? Jarang2. Kukiss ni biasanya orang panggil biskut raya. Tapi En. Kukiss create the needs. Kami educate our customer  tentang kenapa mereka perlu beli kukiss kami. Kami juga educate mereka tentang bagaimana merela boleh enjoy Kukiss kami dengan cara yang terbaik. Nampak tak nilai tambah yang kami serapkan disitu?
image
4. Bina nama & pengaruh anda. Pada En. Kukiss, Facebook is powerful tool untuk bina nama & pengaruh. Anda boleh add En. Kukisshttp://www.facebook.com/jdanial85 dan ikuti fanpage http://www.facebook.com/ilovebakingonlinestore untuk kemaskini terbaru tentang kami. dari masa ke sama, En. Kukiss akan update tentang tips2 yang bersesuaian untuk membina pengaruh dan menarik kepercayaan pelanggan. Power hashtag di Instagram juga sangat membantu untul membina pengaruh dan kepercayaan. Yelah, daripada 400 follower saja pada 3 minggu lepas, sekarang sudah hampit 1500 follower dan ianya adalah tindakan yang sangat effortless. Cuma update setiap hari dengan jujur dan konsistent. Insya Allah saya akan kongsikan lagi tentang IG & FB di dalam artikel akan datang. Jangan lupa untuk follow IG saya http://www.instagram.com/jdanial85
image
5. Make fun to yourself. Betul, En. Kukiss memang gila-gila sikit sejak 3 minggu lepas. Dari pemalu dan kurang yakin sampai mencelebritikan diri sendiri. Takpe, pelanggan sukakan mereka yang having fun dan be yourself. Percayalah.
image
6. Don’t hardsell. We do smartsell. En. Kukiss tak pernah display harga di dalam media social. Pelanggan takut untuk didekati dengan cara itu. Mereka boleh jadi terpaksa untuk membeli. Kami cuba untuk twist cara jualan lama dengan memyediakan “needs” di dalam minda mereka. Gunakan power advertising idea. Nanti saya akan cerita lebih lanjut tentang power advertising ini. Lakukan iklan secara berulang2, guna idea yang berbeza tetapi dengan matlamat yang sama  – smart sell. En. Kukiss biasanya akan update FB setiap pagi masa nak ke pejabat, semasa menunggu bas untuk balik kerja dan malam selepas makan malam.
image
7. Gunalah gambar yang berkualiti bagus. Good photo insya Allah will sell. “Saya tak ada DSLR camera lah”. Takpe. Smartphone kan ada. Apps kan ada. Tengok dibawah betapa murahnya cara kami ambil gambar product kami. Click disini untuk lebih detail ya.
image
8. Packaging power. En. Kukiss tidak menggunakan botol kukiss yang bertutup merah kerana secara psikologinya, itu adalah botol biskut raya bagi kebanyakan pelanggan. Kami cari botol yang lebih sleek, nampal premium dan berkualiti. Lagi best bila botol yg kami sediakan boleh diguna semula oleh pelanggan. Ramai yang berebut nak botol ni lepas kukissnya habis dimakan terutama dikalangan pekerja pejabat.
image
9. Khidmat pelanggan. Know them and gain more trust untul dapatkan repeat order. Terus terang, En. Kukiss banyak bagi free kukiss, free brownies & free bread kepada pelanggan dan lakukan dengan ikhlas. Mereka rasa gembira dan anda akan rasa lapang. Tembok kepercayaan terbina dan insya Allah jualan seterusnya akan masuk tak lama selepas itu.
image
image
image
10. Know your expense & periksa buku kira-kira setiap hari. Jangan lupa catat segala transaksi perniagaan & jangan sekali2 curi duit perniagaan anda sendiri dengan alasan, “ala nanti boleh bayar balik”. Tak berdisiplin tu namanya.
Baiklah, En. Kukiss berhenti di sini dahulu. Jikalau ada idea lagi, En. Kukiss akan menulis lagi untuk perkongsian dan percambahan idea kita bersama.
Sekian.

No comments:

Post a Comment