WELCOME TO ILB STORE NEWS CHANNEL

WELCOME TO ILB STORE NEWS CHANNEL
PLEASE CLICK ON THE PHOTO ABOVE TO FOLLOW OUR FACEBOOK FANPAGE - ILB STORE

Saturday 26 September 2015

Makan Kukiss & Jadi Agen Dropship Kami

Assalammualaikum & Salam sejahtera semuanya.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca entry dropship ini. Sebelum anda terus lagi membaca entry yang agak panjang ini, saya ada 2 soalan untuk anda seperti dibawah:

Adakah anda mempunyai minat untuk berniaga secara online?
Adakah anda berminat untuk mencari pendapatan sampingan?

Jika jawapannya ialah YA dan YA, andalah yang kami mahu untuk menjadi rakan dropship kami di ILB Store dan teruskanlah membaca entry di bawah. Jika jawapan anda TAK dan TAK, takpe. Teruskan juga membaca, mungkin sekadar untuk pengetahuan kan.


Sebelum tu, jom berkenalan dengan saya. Anda boleh panggil saya Danial atau ramai juga yang menggelar saya En. Kukiss. Terpulanglah pada keselesaan anda untuk memanggil saya apa. ILB Store ialah sebuah syarikat enterprise yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Ogos 2015 dengan no. pendaftaran 002467217-D dengan senarai perkhidmatan seperti di bawah:

  • Membekal keperluan bakeri
  • Mengimport & membungkus barangan membuat kek dan pastri
  • Mengimport dan mengeksport bahan mentah untuk kek dan pastri
  • Menggimport dan memasarkan bahan/keperluan untuk restoran
  • Perkhidmatan katering

KEMBALI KEPADA AGENDA DROPSHIP KITA

Okaylah, cukup dengan introduksi ringkas saya. Kita kembali ke agenda dropship kita ya.
Buat masa ini, ILB Store memasarkan Homemade Oatmeal Choco Chip Cookies dan lebih 20,000 keping biskut telah berjaya dijual pada September 2015. Kami berjaya menawan hati peminat biskut di Kuala Lumpur & Selangor. Kini kami ingin berkembang ke seluruh tanahair. 
INGAT YA! Ini bukan biskut raya. Jika kami mampu menjualnya, saya pasti anda pun boleh juga.

JOM JADI AGEN DROPSHIP KAMI

  • Download gambar kukiss kami daripada Facebook Fanpage & Instagram kami (gambar yang berkenaan saja ya)
  • Kami juga akan masukkan anda ke dalam group whatsapp Mr. Kukiss dan 2 gambar terbaru akan dibekalkan setiap hari. Jadi customer anda tidak akan bosan dengan gambar yang sama setiap hari diiklankan. 
  • Publish di blog/facebook/tunjukkan pada rakan2 di pejabat/jiran sebelah rumah/cikgu tadika anak anda
  • Cari customer secara online & offline
  • Terima order & bayaran daripada customer anda
Semuanya bergantung kepada usaha anda. Lebih anda buat, lebihlah yang anda akan dapat. 

LETS START
  1. Sila LIKE & PM Facebook Fan Page: www.facebook.com/ilovebakingonlinestore
  2. PM kan juga maklumat peribadi anda, Nama Penuh, No IC, No. Telefon & Alamat surat menyurat anda
  3. Kami akan poskan sample biskut kami kepada anda untuk dirasa. Dari masa ke semasa, kami akan mengepos biskut-biskut terbaru untuk anda rasa dan iklankan juga
  4. Download gambar biskut tersebut dan iklankan di facebook/instagram dan blog anda. JANGAN BIMBANG, kami akan guide cara yang bijak untuk publishkan status anda (jika anda kurang pengalaman). 
  5. Diskaun untuk agen dropship ialah 25% dari harga yang dinyatakan. 
  6. Harga yang dinyatakan adalah TIDAK termasuk kos penghantaran di seluruh Malaysia
  7. Walaupun kami mempunyai harga yang dinyatakan, anda masih boleh mark up harga sendiri. 
  8. Cari pelanggan, dapatkan jualan pertama dan bayar baki kepada kami. 
KOMISEN UNTUK DROPSHIP

Kami akan memberi harga jualan kepada anda. 

Contoh A
1 balang Oatmeal Choco Chip Kukiss 250g berharga RM10
Pelanggan akan bayar RM10 + RM7 bayaran pos = RM17
Anda bayar kami: (RM10 - 25%) + RM7 (bayaran pos) = RM14.50
Anda untung: RM2.50 untuk 1 balang

Contoh B
1 balang Oatmeal Choco Chip Kukiss 250g (anda letak harga RM15)
Pelanggan akan bayar RM15 + RM7 bayaran pos = RM22
Anda bayar kami: (RM10 - 25%) + 7 (bayaran pos) = RM14.50
Anda untung: RM7.50 untuk 1 balang

Pada bulan September & Oktober, saya sendiri menjual kukiss ini dengan promosi dibawah 
1 pack = RM15
2 pack = RM24
3 pack = RM30
Dan 90% pelanggan saya membeli 3 pack sekali gus. Mungkin anda boleh menggunakan formula yang sama.

JADUAL PEMBAYARAN & PENGHANTARAN/PENGEPOSAN

Pembayaran pada Sabtu - Selasa (sebelum 4 petang): Kukiss akan diposkan pada hari Rabu
Pembayaran pada Rabu - Ahad (sebelum 4 petang): Kukiss akan diposkan pada hari Isnin

Kami cuba mengelakkan kukiss tersimpan lama di Pejabat Pos untuk memastikan kukiss ter'fresh sampai ke tangan customer. Oleh itu, tiada kukiss yang akan dalam perjalanan pada hari Sabtu & Ahad.

CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Inbox/PM/Whatsapp tempahan anda kepada kami butir-butir berikut:
  1. Nama agen:
  2. No. HP agen:
  3. Nama pelanggan:
  4. Alamat pelanggan:
  5. No. HP pelanggan:
  6. Pengesahan bayaran:
Untuk PENGESAHAN BAYARAN, sila nyatakan jumlah, ref.no, tarikh & masa bayaran dibuat atau copy paste saja transaksi bank yang anda buat. Masukkan email danial.mohdrazzid@gmail.com jika anda membuat bayaran menggunakan internet banking.

Bayaran termasuk postage hendaklah dibuat ke akaun pilihan dibawah:
NAMA: MOHD RAZZID BIN DANIAL
MAYBANK ACCOUNT: 151276029218
HONG
LEONG BANK: 17700304054
Alright, anda dah boleh mula berjual sekarang. 

Untuk sebarang pertanyaan, anda bolehlah terus bertanya dengan menghubungi/PM Facebook personal saya/Whatsapp di 016-3451412. Jangan buat andaian sendiri kalau tak pasti okay.